19 Oktober 2012 - syukur padaNya..alhamdulillah...sudah tiba hari jumaat penghulu segala hari...hari yang membawa seribu keberkatan....mari perbanyakkan selawat di hari jumaat yang mulia ini...
Untuk makan tengahari mama masak tomyam campur..ok la..sedap la juga..hingga dihirup kuahnya oleh anak-anak mama...alhamdulillah atas rezekiMu ini..
Caranya senang sahaja...basuh ayam, udang, sotong beserta selawat ...potong sayur dan basuh seperti karot,bunga kobis, tomato dan lain lain kalau hendak masukkan, untuk kes mama guna hanya yang tertulis sahaja mama guna. serai, halia, lengkuas(kalau ada), daun limau purut, bawang besar, cili besar, perencah tomyam dan limau kasturi.
Mula-mula masukkan air dalam periuk dan letakkan atas api...masukkan juga ayam ke dalam air tersebut...setelah mendidih..masukkan bawang,serai,halia,lengkuas yang diblender kedalam periuk tadi. Dalam masa yang sama masukkan juga perencah tomyam dan daun limau purut serta sebatang serai yang diketuk.Kemudian masukkan sayur-sayuran tadi akhirnya masukkan udang yang dibuang kulit dan sotong tadi. Akhirnya masukkan tomato yang dipotong empat dan perah limau kasturi dalam 10 biji. Alhamdulillah..sudah siap...di makan bersama mee pun boleh...jadilah mee tomyam hehehe
Semoga bermanfaat dan beroleh redhaNya...