mamakiut.blogspot.com
tudia..tak nampak ikannya huhu


13 Oktober 2013- Sabtu yang hujan..alhamdulillah..semoga ia membawa manfaat kepada kita semua...

Hari ini mama masak ikan kukus yang sempoi dan kari ikan bawal(tiada gambar sebab dah post dulu)...
Resepinya sama seperti resepi mak ndak yang mama post sebelum sebelum ini...cuma mama guna ikan nyok nyok dan sayur lain sikit dan tiada cendawan digunakan...

Sama seperti resepi sebelum ini..
lumurkan ikan nyok nyok dengan sos tiram dan sedikit garam
Bahan-bahan seperti serai, lobak merak, cili besar, kacang buncis dan tomato dipotong bulat di tabur atas ikan yang dilumur dengan sos tiram tadi...dan letakkan atas periuk pengukus...dalam masa yang sama air kukusan dimasukkan asamboi dan kiub pati ayam...
dalam 30 minit sahaja..lebih kurang la...sudah masak dan boleh dihidangkan panas-panas....
Angkat ikan dan masukkan dalam mangkuk...dan sayur-sayurang juga diletakkan atas ikan tadi..dan akhirnya tuang air kukusan atas ikan tadi...tara..sudah boleh dihidangkan panas-panas...alhamdulillah..
syukur padaMu ..atas limpahan kurnia serta nikmat yang tidak terhingga....subhanallah...

0 comments:

Post a Comment