Alhamdulillah syukur padaNya atas segala nikmat kehidupan dan kebahagian hidup ini...8 Oktober 2012 masih lagi diberi nafas olehNya....

Pagi tadi mama masakkan sweet sour ikan kerisi..simple sahaja untuk makan tengahari buat anak-anak mama pulang dari sekolah...

Mula-mula basuh ikan sehingga bersih beserta selawat ..dan lumurkan dengan sedikit garam dan goreng. Angkat ikan yang telah digoreng dan toskan.

Selepas itu panaskan minyak dan tumiskan bawang yang telah dikisar sehingga kekuning-kuningan. (biasanya mama dah kisar  dan simpan dalam peti ais banyak-banyak untuk simpanan seminggu)

Kemudian masukkan sos tomato dan sos cili agak-agakla...dan masukkan sedikit air....sesudah agak pekat masukkan bawang besar yang dipotong bulat,cili besar yang dibelah dua dan garam secukup rasa serta sedikit gula. Setelah itu tuang kuah atas ikan yang telah digoreng tadi dan hiaskan dengan tomato yang dipotong membulat.
Sudah pun siap..alhamdulillah...semoga bermanfaat.


0 comments:

Post a Comment