14 Oktober 2012 - Alhamdulillah pagi ahad yang ceria..bersyukur padaNya kerana masih dipinjamkan nafas olehNya bagi meneruskan kehidupan di dunia yang sementara ini...

Untuk makan tengahari mama masak telur bungkus dan goreng ayam berempah simple (resepi ini sudah post sebelum ini)

Telur bungkus ini memang kegemaran anak-anak mama. Resepinya senang sahaja.
Basuh ayam sambil selawat dan potong kecil-kecil. Panaskan minyak dan tumiskan bawang besar yang dikisar halus. Setelah agak kekuningan, masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram, kicap manis dan sedikit air. Setelah mendidih masukkan serai yang diketuk dan sedikit halia yang dipotong nipis. Kalau ada masukkan juga daun limau purut. (Dalam kes ini mama tiada huhu).
Kemudian masukkan ayam yang dipotong kecil tadi dan apabila ayam masak masukkan mix vege..sekejap sahaja...dan tutup api.

Kemudian, pecahkan telur dan kacau sehingga kembang...dan masukkan ke dalam minyak telah dipanaskan dalam kuali...pusingkan kuali dan biarkan telur menebar dalam kuali. Kemudian masukkan ayam tadi kedalam telur yang telah ditebar..dan bungkuslah ayam tadi. tara..sudah siap. Alhamdulillah syukur atas rezekiMu ini...
semoga bermanfaat..amin..


0 comments:

Post a Comment