16 Oktober 2012 - Alhamdulillah ..syukur ya Allah atas nikmat kesihatan dan kebahagian yang berpanjangan ini....

Hari ini mama masak paprik ayam untuk makan tengahari...mama masak pagi-pagi buta ini...dalam pukul 5.30 pagi insyaAllah.. masuk dapur untuk masak makan tengahari sebab mama kena bersiap untuk pergi bekerja dan siapkan anak-anak untuk kesekolah. biasanya mama masak satu jenis sahaja setiap hari. Anak-anak mama memang suka juga dengan paprik ayam ini.

Bahan-bahannya : -

Ayam  di potong sederhana dan dibasuh sambil berselawat...biasanya mama buat 5 hingga 6 ketul sahaja
untuk satu hari...hingga  ke makan malam...malam tambah lagi satu masakan lepas balik kerja...
Kemudian potong karot secara bulat dan basuh sambil berselawat...alhamdulillah semoga beroleh keberkatanNya...
Panaskan minyak dan tumiskan bawang besar dan bawang yang dikisar halus...setelah agak kekuning-kuningan..masukkan sos tiram dan kicap manis...selepas itu masukkan sedikit sos tomato dan sos cili dan sedikit air , masukkan juga serai yang diketuk dan halia dihiris nipis....dan daun limau purut(kalau ada)...setelah itu masukkan karot yang dipotong bulat lagi dan masukkan juga ayam....setelah agak-agak ayam telah masak masukkan cili besar yang dibelah dua dan bawang besar yang dipotong bulat....biarkan sekejap dan tutup api.
Sudah boleh dimakan..alhamdulillah...syukur padaNya..semoga beroleh redhaNya...


0 comments:

Post a Comment