Hari yang indah anugerah Pencipta kita...alhamdulillah..bersyukurlah di atas rezeki dan nikmatNya yang melimpah ruah ini.....
Pagi ini mama masak spaghetti untuk breakfast....anak-anak mama suka makan ni....
resepi mama lebih kurang begini...

Bawang besar di potong dadu


kemudian panaskan minyak, tumis bawang..


Selepas itu masukkan cili kering yang telah dikisar halus...ikut kepedasan masing-masing..kalau hendak pedas letaklah banyak..


Masak sehingga pecah minyak dan masukkan sos spaghetti  prego...mama guna dua jenis prego  campur keduanya..seperti gambar berikut..



dan tambah sedikit air..biarkan sehingga mendidih, masukkan daging hancur dan sosej...jika ada fish ball, bubuhlah...mama bubuh apa yang ada di rumah aja..


Dalam masa yang rebus spaghetti..kalau hendak cepat rendamlah terlebih dahulu...dan semasa rebus tu letaklah minyak sedikit ataupun mentega supaya tidak melekat nanti...

Kemudian masukkan mix vegetables dan akhir sekali masukkan garam secukup rasa dan sedikit gula......


dan biarkan seketika..dah siap....hidangkan dengan teh o panas....sedap...


Selamat mencuba...semasa memasak itu bacalah selawat dan niatkan ibadah kerana Allah...insyaAllah semoga beroleh redhaNya....

0 comments:

Post a Comment