Alhamdulillah..syukur di atas segala rezeki kurniaanNya....

Resepi biskut famos amos ini mama dapat daripada kawan pejabat mama...tapi mama ada ubahsuai sikit sahaja mengikut barang keperluan yang mama ada....

reisepinya begini :-

250gm buttercup
170 gm gula halus...(mama ganti gula icing sebab kat umah ada gula icing sahaja)
170 gm gula perang
1 sudu esen vanila
2 biji telur ayam (1 biji dibuang putihnya)
450gm tepung naik sendiri (kalau tiada mama gantikan dengan tepung gandum pun ok)
150gm walnut/badam(goreng tanpa minyak sekejap)
170gm chocolate chip


Cara membuatnya :-
Mula-mula pukul gula perang, gula icing bersama butter hingga kembang
Kemudian masukkan 2 biji telur dan esen vanilan
Kemudian dipukul lagi tepung dan badam, selepas itu masukkan chocolate chip dan kacau sehingga sebati (seperti gambar di atas)
akhir sekali jemput dan leperkan (tekan dengan garfu dan bakar)..
senangkan...selamat mencuba....semoga bermanfaat..

0 comments:

Post a Comment