15 Oktober 2012 - Alhamdulillah..syukur di atas segala nikmatNya yang tidak terhingga....
Mama masak kurma ayam untuk makan tengahari ini. Anak-anak mama suka sangat makan kurma ayam dengan nasi putih digaul bersama kicap manis..suka sangat diorang....
Cara memasak senang sahaja ....alhamdulillah ilmu pinjaman drp Allah eloklah kita manfaatkan bersama insyaAllah...
Mula-mula basuh ayam sambil berselawat....
Bahan-bahannya :
Ayam dipotong kecil (selalunya mama masak 6 ketul sahaja untuk satu hari)
Kentang 1 biji
Bawang dikisar halus
kulit kayu manis,bunga cengkih
1 bungkus serbuk kurma
cili besar
santan
garam
gula
daun kari
halia
air asam jawa
minyak
serai
Cara - caranya :-
Panaskan minyak dan tumis bawang bersama kulit kayu manis,bunga cengkih dan daun kari...
goreng sehingga naik bau aromanya yang wangi, masukkan pula serbuk kurma yang dibancuh dengan air, dan masukkan sedikit air asam jawa...
Masak sehingga pecah minyak dan masukkan santan secukupnya..biarkan mendididh..selepas itu masukkan kentang pula dan selepas itu masukkan ayam dan halia dipotong halus..kalau ada masukkan la sebatang..hanya diketuk sahaja serai itu......setelah itu agak-agak kentang dan ayam sudah masak...masukkan garam dan sedikit gula..dan akhirnya masukkan cili besar dan bawang besar besar yang dipotong dua.
Alhamdulillah sudah masak dan boleh di makan...syukur atas limpahan rezekiMu ini...