12 Oktober 2012, Jumaat yang indah lagi syahdu...alhamdulillah syukur pada Allah atas nikmat rezeki yang tidak pernah henti mengalir...mari kita bersyukur padaNya.. jangan pernah berhenti bersyukur.....
Hari ini mama goreng mi goreng sebagai sarapan pagi...caranya senang sahaja...
mula-mula basuh mi, udang yang dibuang kulitnya, fishcake,lobak merah dan sayur sawi.
Kemudian panaskan sedikit minyak dalam kuali...dan tumiskan seulas bawang putih yang diketuk sahaja....
setelah kekuningan masukkan sedikit cili kisar halus...jika hendak pedas lebihkanlah cili kisar tersebut...
setelah pecah minyak masukkan sedikit sos tomato, sos cili dan kicap manis serta sedikit air.
Setelah mendidih masukkan lobak merah yang dipotong memanjang, udang serta fishcake tadi. Agak-agak udang sudah masak, masukkan mi dan sayur sawi serta sedikit garam dan kacau sebentar sahaja dan sudah masak.
Boleh dihidangkan panas-panas dan boleh dihiaskan dengan bawang goreng,cili besar dan tomato.
Selamat mencuba dan semoga menjadi ilmu yang bermanfaat dan juga lupa berselawat ketika memasak dan niatkan di dalam hati "Ya Allah lazatkanlah makanan ku ini..amin.."