Ini kari ikan bawal.Makanan kegemaran suami dan anak-anakku. InsyaAllah…setakat ini masih cuba untuk memasak setiap hari, namun kekadang tu rasa jemu hadir juga dalam diri ini..sehingga tidak tahu hendak masak apa…apapun inilah hasil masakanku saban hari untuk santapan keluarga tersayang…
Cara memasak senang sahaja…
bawang merah,bawang besar dan bawang putih dihiris halus dan ditumis bersama halba campur dan daun kari….
kira-kira sudah kekuningan…masukkan rempah kari ikan yang sudah dibancuh dengan air…setelah pecah minyak..tanda rempah kari sudah masak…kemudian, masukkan pula santan….secukup rasa ikut keperluan masing2…
Setelah mendidih…masukkan pula ikan bawal yang telah dipotong ….setelah itu masukkan pula bendi dan tomato..sekejap sahaja dan tutup api….
tara…siap..untuk di makan…selepas itu goreng ayam dan masak nasi ….
Biasanya..aku masak di pagi hari…sebelum pergi kerja…untuk anak-anak balik sekolah makan tengahari nanti…..
Dan bila balik kerja …hanya panaskan lauk dan nasi…dan masak sayur sebagai tambahan untuk makan malam….hemm..rasa seronok selepas memasak ini semua utk suami dan anak2..semoga beroleh redha Allah..amin…